Wednesday, May 30, 2018

HEBAHAN AUDIT PENAMBAHBAIKAN EKSA ZON PEARL KK BOTA KIRI

Assalamualaikum...


HEBAHAN HASIL PENEMUAN AUDIT PERSIJILAN EKSA 2018

Assalamualaikum...

Seperti yang semua sedia maklum, audit persijilan EKSA telah dijalankan pada 10/4/2018. Markah yang diperolehi oleh Zon Pearl ialah 88.97% (Kategori Baik). Tahniah diucapkan kepada semua warga Zon Pearl yang telah memberikan kerjasama sepanjang tempoh audit dijalankan. 

Di sini dikongsikan laporan penuh hasil penemuan audit untuk makluman dan tindakan penambahbaikan mana-mana PIC yang berkaitan...  









Audit dalaman penambahbaikan EKSA akan dijalankan pada 4-8 Jun 2018. Diharap, setiap PIC yang terlibat untuk tindakan penambahbaikan khususnya dan semua warga Zon Pearl secara amnya dapat membuat persediaan bagi menghadapi audit dalaman ini. 

Terima kasih...✌

Monday, April 9, 2018

JUALAN KITAR SEMULA EKSA ZON PEARL KK BOTA KIRI 2018

Assalamualaikum...

Pada 6 April 2018 yang lalu, satu jualan kitar semula EKSA telah diadakan. Terdahulu, bahan-bahan yang boleh dikitar semula telah dikumpul oleh warga Zon Pearl sewaktu aktiviti gotong-royong perdana yang dijalankan. Barang-barang berupa kotak kadboard dan botol-botol plastik yang dikumpulkan ini kemudian dijual untuk tujuan kitar semula. Aktiviti jualan kitar semula ini diadakan sebagai salah satu usaha warga Zon Pearl dalam menyokong amalan hijau yang menjadi salah satu elemen dalam amalan EKSA. Hasil jualan yang diperolehi kemudian dimasukkan ke dalam tabung EKSA. Butiran aktiviti jualan adalah seperti berikut: 




GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA ZON PEARL KK BOTA KIRI BIL.5/2018

Assalamualaikum...

Tarikh 5-6 April 2018 telah diumumkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Perak Tengah, Dr. Ruzita Binti Mustaffa sebagai tarikh gotong-royong EKSA. Seluruh warga PKD Perak Tengah digalakkan membuat gotong royong perdana di peringkat PKD dan KK masing-masing dalam langkah persiapan akhir untuk menghadapi audit EKSA pada 10/4/2018. Semua staf dibolehkan memakai pakaian sukan bagi tujuan tersebut. 


Bersempena dengan itu, warga Zon Pearl KK Bota Kiri juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta melakukan gotong-royong perdana di kawasan masing-masing. Gambar-gambar sekitar aktiviti gotong-royong yang dijalankan adalah seperti di bawah: 























"KE ARAH PERSIJILAN EKSA"

"PERSEKITARAN KONDUSIF WARGA CEMERLANG" 


TAKLIMAT KESEDARAN EKSA ZON PEARL KK BOTA KIRI

Assalamualaikum...

Satu taklimat kesedaran EKSA telah diadakan pada 2 April 2018 yang lalu. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga Zon Pearl tentang amalan EKSA. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Zon Pearl, Puan Nurul Aini Binti Abdul Halim. Antara isi kandungan taklimat yang disampaikan termasuklah Pengenalan terhadap EKSA (Dasar, Objektif dan Logo), Garis Panduan EKSA Zon Pearl KK Bota Kiri dan kriteria-kriteria audit EKSA. Butiran taklimat adalah seperti di bawah: 







GOTONG-ROYONG EKSA ZON PEARL KK BOTA KIRI BIL.4/2018

Assalamualaikum...

Pada 30 Mac 2018 yang lalu, unit MCH KK Bota Kiri telah menjalankan gotong-royong EKSA yang merangkumi aktiviti sisih, susun dan sapu. Aktiviti ini merupakan langkah persediaan ke arah Audit Persijilan EKSA yang akan diadakan pada bulan April nanti. Butiran aktiviti adalah seperti berikut: 




Sunday, April 8, 2018

GARIS PANDUAN EKSA ZON PEARL KK BOTA KIRI

Assalamualaikum...

Sila klik link di bawah untuk melihat paparan Garis Panduan EKSA Zon Pearl



PRESTASI AUDIT DALAMAN EKSA ZON PEARL (KK BOTA KIRI): AUDIT 1 HINGGA 5

Assalamualaikum...


HEBAHAN HASIL PENEMUAN AUDIT DALAMAN EKSA BIL.2/2018

Assalamualaikum...

Audit Dalaman EKSA Zon Pearl KK Bota Kiri telah berlangsung pada 7 Mac 2018. Berikut dikongsikan hasil penemuan Audit Dalaman EKSA Bil.2/2018 untuk makluman dan tindakan warga Zon Pearl KK Bota Kiri: