Showing posts with label GO GREEN. Show all posts
Showing posts with label GO GREEN. Show all posts

Monday, April 9, 2018

JUALAN KITAR SEMULA EKSA ZON PEARL KK BOTA KIRI 2018

Assalamualaikum...

Pada 6 April 2018 yang lalu, satu jualan kitar semula EKSA telah diadakan. Terdahulu, bahan-bahan yang boleh dikitar semula telah dikumpul oleh warga Zon Pearl sewaktu aktiviti gotong-royong perdana yang dijalankan. Barang-barang berupa kotak kadboard dan botol-botol plastik yang dikumpulkan ini kemudian dijual untuk tujuan kitar semula. Aktiviti jualan kitar semula ini diadakan sebagai salah satu usaha warga Zon Pearl dalam menyokong amalan hijau yang menjadi salah satu elemen dalam amalan EKSA. Hasil jualan yang diperolehi kemudian dimasukkan ke dalam tabung EKSA. Butiran aktiviti jualan adalah seperti berikut: 




Sunday, February 11, 2018

SUDUT GO GREEN


GOTONG-ROYONG EKSA ZON PEARL KK BOTA KIRI BIL.3/2018

Assalamualaikum...

Pada 10 Febuari 2018 yang lalu, satu lagi aktiviti gotong-royong EKSA telah dilakukan sebagai langkah penambahbaikan hasil daripada penemuan Audit Dalaman EKSA Bil.1/2018 yang telah dijalankan pada 19 Januari 2018. Gotong-royong kali ini turut melibatkan aktiviti go green seperti: 

  1. Mengitar semula kotak-kotak terpakai untuk tujuan penyimpanan barangan di stor domestik.
  2.    Menambahbaik sudut go green zon pearl KK Bota Kiri yang sedia ada.  

Butiran aktiviti gotong-royong yang dilakukan adalah seperti di bawah: